Followers

Sunday, February 24, 2013

Tazkirah : Taat Kepada Pemimpin


Sabda Rasulullah :
"Tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah, kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik"
(Bukhari)

Sesuai dengan musim pilihanraya yang akan berlangsung tidak berapa hari sahaja lagi. Hadis nabi ini menuntut kita sebagai masyarakat supaya terus membuat penilaian yang seadil-adilnya dalam memilih pemimpin. Zaman sekarang ini bukan terlalu susah untuk mencari bahan-bahan yang boleh membawa kita berfikir. Namun, dalam meneliti bahan-bahan yang diperolehi perlulah menggunakan pertimbangan akal serta merujuk kepada agama itu semestinya.

Sudah pasti kita inginkan kesempurnaan. Namun, mana mungkin manusia itu sempurna dari segi zahirnya. Setidak-tidaknya pemimpin itu mampu mempertahankan agama, dan menampilkan sahsiah yang terpuji. Ini adalah kerana penampilan sahsiah yang terpuji ini mampu menjadi contoh kepada masyarakat untuk menentukan hala tuju peradaban yang bakal dilakar pada masa hadapan. Mahukah kita melihat peradaban bangsa kita dilakar dengan sejarah yang menampilkan pelbagai palitan kemaksiatan?

Fikir.Renung.Buatlah pilihan yang tepat.

2 comments:

  1. yes..pilihan di tgn kita.kalau slh pilih pimpin maka diakhirat akan ditanya kenapa engkau memilih dia

    ReplyDelete