Thursday, May 23, 2013
Dinner malam ini
Wednesday, May 22, 2013
Malaysia dan bunga raya
Dulu masa zaman sekolah rendah.tak sudah sudah cikgu-cikgu kat sekolah asyik ulang dan ulang mengenai bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan Malaysia.Agak-agaknya la kan,jika ditanya murid-murid zaman sekarang ni..tahu ke tidak bahawa bunga raya tu bunga kebangsaan negara kita ni?
Silap-silap bunga raya pun mereka tak kenal.kalau dulu apa-apa majlis rasmi,paling tidak ada juga terselit gambar bunga raya di kain-kain rentang.Sekarang apa sudah jadi?atau pun kita sudah menukar bunga kebangsaan kita kepada bunga lain?
Tuesday, May 21, 2013
Cuti.Dihari orang lain berkerja.
Hujan di Johor.badan jadi lemah nak buat kerja.padahal assignment berlambak di hujung-hujung semester ni.nak dijadikan cerita.hari ni dengan senang hati aku ambil cuti rehat.bukan mahu bercuti ke mana-mana pun.siapkan assignment tertangguh.sudah adat menjadi partimer postgraduate.bukan ada siapa-siapa pun paksa untuk aku sambung belajar.atas keinginan sendiri.mahu atau tidak,tanggung la sendiri.
Jom sama-sama pulun buat assignment!
Monday, May 20, 2013
Lama jauh.
Dulu kita dekat..
Bicara.bisik.tetap kedengaran,
Tiba-tiba,
Aku hilang.sepi.
Tanpa satu pun khabar.
Tapi,
Kau cari.terus cari.
Dan kini..
Kita kembali bersua.
Maha suci Allah.
Ini semua kuasaNya.
Sunday, May 19, 2013
Damainya Pagi Ahad
Bila aku celik mata pagi ni.dengar lagu damai sungguh.lagu ape?lagu semulajadi.kicauan burung kat luar.terus bangun, menjenguk kat luar tingkap..sejuknya.tenangnya.Ini lah nikmat tidak ternilai dari Yang Maha Pencipta. Bukan senang untuk aku dapatkan pagi Ahad yang benar-benar relaks dan tenang macam ni.
Here the pic.